logo prbtn

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnianya, kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati segala nikmat yang Allah berikan.Tidak lupa juga untuk kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W. Moga dengan amal kita yang sekecil ini memudahkan kita untuk mendapatkan syafaat baginda di akhirat kelak, inshaAllah.

[Fasal 25: Mesyuarat Tahunan Cawangan]

Perkara 2: NOTIS

“Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat.”

Merujuk Perlembagaan PERUBATAN [Bab ke-4, Fasal 25, Perkara 2] yang tertera di atas, maka notis ini dikeluarkan oleh Jabatan Setiausaha PCZ 2015/2016 bertarikh 8 Februari 2016.

Sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) 2015/2016 akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Ke-6 seperti berikut:

TARIKH: 26 FEBRUARI 2016 (JUMAAT)
MASA: 07.30 PAGI
TEMPAT: ZAGAZIG MALAYSIAN STUDENTS HALL
TEMA: MEMAKNAKAN INTEGRASI, MERENTAS LEGASI “

Justeru, di kesempatan ini kami menyeru kepada semua ahli PCZ untuk sama-sama mendaftarkan diri sebagai perwakilan dan pemerhati melalui pendaftaran atas talian yang akan dibuka pada hari ini, 8 Februari 2016 manakala pendaftaran melalui borang edaran ke kelas akan bermula pada 13 Febuari 2016. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 18 Februari 2016.

Selari dengan firman Allah SWT :

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.” (ash-Shura : 38)

Semoga hasil perbincangan kita sewaktu MTC ini akan diberkati Allah serta dicatatkan sebagai salah satu daripada amal kebaikan kita.

Sekian, terima kasih.


“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

‘Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati’

liju 

MOHD ZULFADZLI BIN YAMIN
Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Zagazig,
Sesi 2015/2016.

faizah

NORFAIZAH BINTI ISMAIL
Timbalan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Zagazig,
Sesi 2015/2016.

surat edit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *