USUL

A. DEFINISI USUL PERSIDANGAN

Usul ialah cadangan yang dibawa oleh ahli ke dalam MTC untuk dibahaskan oleh semua perwakilan:

  1. Usul bersifat lebih menyeluruh dalam gerak kerja serta memberi kesan yang besar kepada dasar pembawaan tahunan PERUBATAN Cawangan yang melibatkan AJKT dan ahli.
  2. Usul yang dibawa boleh menyentuh aspek pembawaan PERUBATAN Cawangan, gerak kerja serta penyelesaian masalah kritikal dalam PERUBATAN Cawangan.
  3. Usul yang boleh mengubah perlembagaan PERUBATAN. Usul untuk mengubah perlembagaan hanya boleh dibawa dan dibahas dalam MAT.

B. DEFINISI CADANGAN UMUM

Cadangan Umum ialah suara dibawa oleh ahli dalam MTC yang mempunyai skop lebih kecil tetapi mampu mengubah gerak kerja PERUBATAN Cawangan.

C.  PERBEZAAN USUL DAN CADANGAN UMUM

USUL CADANGAN
Mampu memberi kesan yang besar pada PERUBATAN/PERUBATAN Cawangan. Hanya memberi kesan secara kecilan.
Menyentuh dasar dan pembawaan tahunan PERUBATAN/PERUBATAN Cawangan. Tidak menyentuh dasar dan pembawaan tahunan PERUBATAN.
Usul hanya sesuai dibawa untuk mendapatkan keputusan dalam persidangan sahaja. Cadangan boleh diberikan kepada barisan pimpinan di luar persidangan.
Usul harus melalui proses perbahasan oleh perwakilan dalam persidangan. Cadangan tidak perlu dibahaskan dalam persidangan.
Usul perlu diluluskan dalam persidangan. Cadangan tidak perlu diluluskan dalam persidangan.
Usul yang diluluskan dalam persidangan perlu dilaksanakan oleh barisan pimpinan dalam tempoh sesi berkenaan (melainkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan). Cadangan yang diberikan boleh dilaksanakan oleh pimpinan berdasarkan keadaan, keperluan dan kemampuan semasa.

D. ETIKA USUL PERSIDANGAN

  1. Usul hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan iaitu:
    1. Usul yang dibawa tidak boleh bercanggahan dengan Perlembagaan PERUBATAN.
    2. Isi usul harus munasabah, masih dalam kemampuan PERUBATAN dan memberi kebaikan kepada persatuan secara keseluruhannya.
    3. Setiap usul mestilah berpandukan definisi usul yang telah ditetapkan.
    4. Ayat penyataan usul haruslah dengan Bahasa Malaysia dan tidak bercampur dengan perkataan ringkas dan bahasa asing melainkan kata nama khas.
    5. Setiap lafaz dan frasa dalam usul haruslah boleh/mampu dibahaskan oleh perwakilan.
    6. Setiap usul yang dibawa harus menggunakan kata-kata yang sopan, ayat-ayat yang ringkas, padat dan jelas.
  2. Setiap ahli matang PERUBATAN boleh membawa lebih daripada satu (1) usul.
  3. Pencadang boleh mempromosi usul-usul mereka, sama ada di laman sosial, penerangan di dewan kuliah dan sebagainya. Antara sebab-sebab promosi ini dibenarkan adalah untuk:
    1. Pencadang usul boleh mengajak semua ahli cakna dengan isu-isu dan keadaan di sekeliling mereka.
    2. Menggalakkan ahli-ahli bersuara menyatakan pendapat dan idea masing-masing berkenaan isu yang diketengahkan.
    3. Pihak Jawatankuasa MTC tidak akan sama sekali membantu pencadang usul untuk mempromosi supaya usul-usul mereka diterima oleh perwakilan. Pihak jawatankuasa persidangan hanya akan mengeluarkan senarai usul perbahasan sahaja.
    4. Adab dan etika perlu dipandang serius semasa mempromosi usul demi keharmonian bersama.
  4. Pencadang usul mesti bersedia dengan hujah yang kukuh untuk melalui perbahasan.
  5. Ayat matan usul amat digalakkan untuk menggunakan kriteria objektif yang merangkumi lima (5) aspek iaitu Specific, Measureable, Attainable, Realistic, Time-bounded – SMART.
  6. Cadangan usul pindaan Perlembagaan PERUBATAN semasa MAK ialah hasil daripada usul perbahasan yang telah diluluskan ketika MAT terdekat sebelumnya.
  7. Cadangan matan usul perbahasan yang dicadangkan perlulah menyentuh tiga (3) skop gerak kerja mengikut keutamaan seperti berikut:
    1. Cadangan penyelesaian masalah.
    2. Berkisar berkaitan dasar umum atau pembawaan PERUBATAN Cawangan.
    3. Cadangan teknikal pelaksanaan usul perlulah berbentuk aktiviti yang spesifik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *